Tajuk :
Amir & Lokman Pergi Ke Laut Filem Poster
Astro Shaw
Foto : Krew Produksi
Editing : Kukubesi + Zouqi Berapi
Editing : Kukubesi + Zouqi Berapi
Pengarah :
Mamat Khalid
Pelakon :
Shuib Sepahtu, Syuk Balas, Soffi Jikan, Zarina Anjoulie, Dewa Sapri, Tengku Sariwani (kuni), Kazar, Rashidi Ishak, Nadia Mustafar, Khairul Nizam, Mohd Zabri, Isey, Meow-meow, Daniel, Mohd Ikhwan, Mohd Azwan
Sinopsis :
Mengisahkan sepasang sahabat baik Amir (Shuib) dan Loqman (Syuk) yang ingin keluar daripada sebuah kumpulan gengster dengan cuba merompak kedai-kedai kecil seperti kedai kredit kerana perlu membayar RM30, 000 seorang sebagai syarat untuk keluar daripada kumpulan berkenaan. Cubaan mereka selalu gagal dek sifat mereka yang lurus bendul malah tak pernah tahu cara untuk melakukan sebarang kegiatan jenayah. Mereka yang pada awalnya menyangka akan popular, mudah mendapat teman wanita, memasuki kelab secara percuma dan pelbagai lagi kemewahan dan kemudahan apabila menyertai kumpulan gengster. Namun hari demi hari mereka mulai sedar yang semua ini adalah tidak benar. Sewaktu menganggotai kumpulan itu mereka diberikan kerja-kerja kecil yang langsung tidak memberi sebarang faedah kepada mereka; sehinggakan mengutip bola snuker yang terjatuh pun perlu dilakukan. Demi meneruskan kehidupan, Amir dan Loqman masing-masing bercita-cita untuk membuka sebuah restoran di tepi laut sebaik sahaja mereka berjaya keluar daripada kumpulan gengster.